Berita&Aktiviti

LAWATAN TAPAK DAN MESYUARAT PENYELARASAN PEMASANGAN PAIP STP DI SUNGAI TASEK ANAK, LANGKAWI – 25 FEBRUARI 2026

Berita&Aktiviti

25 FEBRUARI 2026 | LAWATAN TAPAK DAN MESYUARAT PENYELARASAN PEMASANGAN PAIP STP DI SUNGAI TASEK ANAK, LANGKAWI

En. Noor Hisham Ab Ghani daripada Makmal Kualiti Air NAHRIM telah menghadiri sesi lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan bagi cadangan pelaksanaan kerja-kerja pemasangan paip STP untuk saliran Sungai Tasek Anak, Daerah Langkawi, Kedah. Sesi yang berlangsung di muara Sungai Tasek Anak, Pantai Tengah ini turut dihadiri oleh Gs. Baharudin Ahmad, Timbalan Pengarah JPS Negeri Kedah, En. Khairul Azhan Jamaluddin, serta pegawai-pegawai daripada JPS Daerah Langkawi.

Dalam projek ini, NAHRIM memegang peranan penting selaku penasihat teknikal bagi membantu pihak berkepentingan di Langkawi dalam menangani isu-isu kritikal berkaitan kualiti serta kuantiti air di tapak. Kerjasama strategik bersama pihak JPS ini diharapkan dapat memastikan kelestarian ekosistem sungai dan pantai di kawasan pelancongan tersebut kekal terpelihara melalui sistem pengurusan air sisa yang lebih efisien.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera