Berita&Aktiviti

SINERGI NAHRIM & IWK: PENEROKAAN TEKNOLOGI MESRA ALAM “NoFAT” – 24 FEBRUARI 2026

Berita&Aktiviti

24 FEBRUARI 2026 | SINERGI NAHRIM & IWK: PENEROKAAN TEKNOLOGI MESRA ALAM "NoFAT"

24 FEBRUARI 2026 | SINERGI NAHRIM & IWK: PENEROKAAN TEKNOLOGI MESRA ALAM “NoFAT”

Satu sesi mesyuarat awalan dan lawatan teknikal telah diadakan di NAHRIM bagi membincangkan kebolehlaksanaan penggunaan teknologi Perangkap Minyak dan Gris (NoFAT). Pertemuan strategik ini telah dihadiri oleh Tn. Ir. Hj. Mohd Taufik Salleh, Ketua Pegawai Operasi (COO) Indah Water Konsortium Sdn Bhd, bersama Ketua Jabatan Nyah Enap Cemar serta Ketua Jabatan Operasi & Penyelenggaraan IWK.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari Hj. Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM ini memberi tumpuan kepada keupayaan produk inovasi NoFAT. Teknologi mesra alam ini direka khusus untuk mengasingkan sisa minyak, gris, lemak (FOG), serta sisa makanan daripada air limbah di restoran, kantin, premis makanan, mahupun sinki dapur rumah. Inovasi ini bukan sahaja memudahkan pengurusan sisa di punca, malah membolehkan sisa tersebut dikumpul untuk tujuan kitar semula, selaras dengan prinsip ekonomi kitaran.

Melalui kerjasama strategik ini, kedua-dua pihak menaruh harapan tinggi agar teknologi NoFAT dapat diintegrasikan secara meluas dalam sistem pengurusan sisa nasional bagi mengatasi isu penyumbatan saluran paip pembetungan yang sering berpunca daripada sisa lemak. Inisiatif ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada amalan pengurusan air sisa yang lebih lestari, sekaligus menyumbang kepada pemeliharaan kualiti sumber air negara untuk generasi akan datang.

 

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera

#PengurusanSisaMampan

#TeknologiHijau

profile penyelidikan
oacp