25 FEBRUARI 2026 | MENEROKA KECEMERLANGAN GEOSPATIAL DI IWK KUALA LUMPUR
Satu lawatan teknikal ke Geospatial Excellence, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) Kuala Lumpur telah diadakan pada 25 Februari 2026 (Rabu). Lawatan yang bertempat di Tingkat 11, Ibu Pejabat IWK ini bertujuan untuk meninjau secara dekat transformasi digital dalam pengurusan utiliti negara.
Geospatial Excellence IWK telah diiktiraf atas kecemerlangan mereka dalam memanfaatkan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang canggih bagi mengurus infrastruktur utiliti dengan lebih sistematik. Integrasi GIS ke dalam operasi harian terbukti meningkatkan kecekapan operasi melalui pembinaan ekosistem data-proses yang menyeluruh. Kejayaan ini didorong oleh komitmen tinggi pengurusan atasan dalam memastikan setiap keputusan dibuat berasaskan data (data-driven).
Diharapkan perkongsian ilmu mengenai teknologi geospatial ini dapat memberikan inspirasi dan input berguna dalam memperkukuh pengurusan data infrastruktur air sisa nasional demi kelestarian alam sekitar yang lebih terjamin.
#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia






