Bersempena program The 9th Selangor International Business Summit (SIBS) 2025 dan 5th Selangor Investment & Industrial Park Expo (SPARK) 2025 di KLCC, NAHRIM telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi strategi pemerkasaan pengkomersialan produk penyelidikan di negeri Pahang bersama pihak INVEST PAHANG. Perbincangan telah dipengerusikan oleh YH Dato’ Kamarul’arifin bin Ahmad @ Abd Rahman, pegawai pelaburan perniagaan negeri Pahang; bersama YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan bin EM Yahya, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM. Di antara intipati perbincangan termasuklah potensi pemasangan dan pelaksanaan projek serta produk rintis terpilih bagi memastikan keselamatan dan keterjaminan sumber air negeri Pahang. Turut hadir adalah Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj Mat Desa, pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai (PKLS) NAHRIM bersama pegawai penyelidik PKLS, PKSA dan BPK NAHRIM.
STRATEGI PEMERKASAAN PENGKOMERSIALAN PRODUK PENYELIDIKAN DI NEGERI PAHANG BERSAMA PIHAK INVEST PAHANG.
Berita&Aktiviti






