7 – 10 Oktober 2025 | Latihan Persampelan dan Analisis Bahan Cemar Baharu Mikroplastik dalam Air
Program latihan selama empat hari telah diadakan di Makmal Kualiti Air disertai oleh 11 orang peserta daripada Bahagian Khidmat Kejuruteraan KKM, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) KKM, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Microplastic Research Interest Groug (MRIG) UMT, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan BP Lab. Peserta diberi pendedahan kepada kaedah persampelan mikroplastik dan analisis mikroplastik menggunakan kaedah spektroskopi (microscope), Fourier Tranform Infrared Spectrocopy (FTIR) dan Pyrolyzer Gas Charomatography (PyGCMS). Latihan juga turun mendapat sokongan teknikal daripada penceramah jemputan daripada PM TN Sabiqah Tuan Anuar (Universiti Malaysia Terengganu), Dr Karthikeyan Sathrugnan (Frontier Laboratory), Miss Chow Mee Ling (Agilent Technolgies) dan Miss Jacqueline (Novatics Scientific Sdn Bhd).













