Makmal Kualiti Air NAHRIM melaksanakan aktiviti intermediate check bagi peralatan makmal seperti pipet, penimbang (balance), water bath , inkubator, oven dan peralatan lain yang berkaitan secara berkala. Pelaksanaan ini adalah selaras dengan keperluan standard ISO/IEC 17025:2017 bagi memastikan prestasi peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal.
Aktiviti ini dilaksanakan bagi mengesahkan ketepatan dan kebolehfungsian peralatan di antara sela masa kalibrasi, di samping memastikan kebolehulangan (repeatability) serta kebolehkesanan pengukuran (measurement traceability) terus dipatuhi. Pelaksanaan intermediate check ini juga berperanan dalam meminimumkan ketidakpastian pengukuran, seterusnya memastikan keputusan analisis yang dihasilkan adalah sah, tepat dan memenuhi keperluan sistem pengurusan kualiti makmal. Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan makmal dalam mengekalkan standard kualiti serta pematuhan terhadap keperluan akreditasi.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia



