Berita&Aktiviti

SIMPOSIUM BAHAN CEMAR BAHARU 2026 – 15 OKTOBER 2026

Berita&Aktiviti

SIMPOSIUM BAHAN CEMAR BAHARU 2026

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menganjurkan Simposium Bahan Cemar Baharu 2026 pada 15 Oktober 2026 (Khamis), bertempat di Palm Garden Hotel, Putrajaya dan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha Air, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Simposium yang menghimpunkan seramai 80 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi ini bertujuan menjadi wadah untuk memperkukuh jaringan ilmu, kepakaran dan kerjasama dalam bidang bahan cemar baharu, di samping membuka ruang yang lebih luas bagi perkongsian hasil penyelidikan serta perkembangan terkini berkaitan isu pencemaran sumber air.

 

https://www.facebook.com/share/v/195XNqTEkg/

#SimposiumBahanCemarBaharu2026

#BahanCemarBaharu

#MakmalKualitiAir

#ISO17025

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM