Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA BAHAN CEMAR BAHARU (JKKBCB) BIL. 1/2026 – 16 OKTOBER 2026

Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA BAHAN CEMAR BAHARU (JKKBCB) BIL. 1/2026

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bahan Cemar Baharu (JKKBCB) Bil. 1/2026 secara hibrid iaitu bersemuka dan dalam talian pada 16 Oktober 2026. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. En. Ismail Bin Tawnie, Pengarah Makmal Hidraulik dan Instrumentasi NAHRIM dan dihadiri oleh seramai 30 orang wakil daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan institut pengajian tinggi bagi membincangkan perkembangan serta pelaksanaan aktiviti berkaitan bahan cemar baharu. Status dan hala tuju pelaksanaan 3 Jawatankuasa Teknikal, iaitu Jawatankuasa Teknikal 1 – Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi; Jawatankuasa Teknikal 2 – Tadbir Urus, Polisi dan Pelaksanaan; serta Jawatankuasa Teknikal 3 – Pendidikan dan Kesedaran turut dilaporkan dalam mesyuarat ini. Mesyuarat JKKBCB merupakan platform penting untuk memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara semua pihak berkepentingan dalam membawa agenda bahan cemar baharu.

#JawatankuasaKerjaBahanCemarBaharu

#BahanCemarBaharu

#MakmalKualitiAir

#ISO17025

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera