Berita&Aktiviti

SESI PERKONGSIAN PELAKSANAAN PROJEK PENUAIAN AIR HUJAN NAHRIM BERSAMA SPAN – 29 JULAI 2026

Berita&Aktiviti

SESI PERKONGSIAN PELAKSANAAN PROJEK PENUAIAN AIR HUJAN NAHRIM BERSAMA SPAN

Satu Sesi Perkongsian Berkenaan Pelaksanaan Projek Penuaian Air Hujan telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Cyberjaya. Pertemuan ini menjadi platform strategik bagi pihak Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan teknikal, serta kepakaran berhubung pelbagai projek sistem penuaian air hujan (SPAH) yang telah dibangunkan oleh institut sebelum ini.

Sesi perkongsian ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama teknikal serta menyokong usaha penggunaan sumber air alternatif di peringkat kebangsaan. Melalui inisiatif ini, NAHRIM dan SPAN komited dalam memacu kelestarian sumber air negara berteraskan teknologi mampan dan amalan terbaik, sekali gus memberi impak positif kepada ekosistem perkhidmatan air serta masyarakat secara keseluruhannya.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera