Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM menyediakan perkhidmatan analisis kualiti air yang komprehensif dan diiktiraf MS ISO/IEC 17025 bagi menyokong pemantauan, penyelidikan dan pematuhan alam sekitar. Perkhidmatan merangkumi analisis kimia, biologi dan mikrobiologi termasuk ujian Total Coliform, E. coli, logam, nutrien serta analisis molekul menggunakan teknologi PCR. Dengan kepakaran, peralatan moden dan kadar perkhidmatan yang kompetitif, MKA komited menyediakan keputusan analisis yang tepat, boleh dipercayai dan berkualiti. Sebarang pertanyaan, hubungi lab.mka@nahrim.gov.my
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia