Satu sesi kunjungan hormat dan lawatan penanda aras daripada National Energy Centre (NEC), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ke Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah berjaya diadakan. Delegasi pelawat telah diketuai oleh Tuan Haji Shaari Mohd, Ketua Penyampaian Prestasi dan Pengurusan Pemegang Taruh (Head of Performance Delivery and Stakeholder Management), Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sesi kunjungan penanda aras ini bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan dan inovasi berteraskan tenaga serta kelestarian alam sekitar. Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan antara NAHRIM, NEC, dan TNB dalam menyinergikan kepakaran sains air dan teknologi tenaga demi menyokong agenda peralihan tenaga hijau serta pembangunan mampan negara.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia



