Berita&Aktiviti

SESI PEMERIKSAAN BAJET PEMBANGUNAN ROLLING PLAN KEDUA (RP2) TAHUN 2027 RMKe-13 BERSAMA KEMENTERIAN EKONOMI – 20 MEI 2026

Berita&Aktiviti

SESI PEMERIKSAAN BAJET PEMBANGUNAN ROLLING PLAN KEDUA (RP2) TAHUN 2027 RMKe-13 BERSAMA KEMENTERIAN EKONOMI

Satu sesi pemeriksaan Bajet Pembangunan bagi Rolling Plan Kedua (RP2) Tahun 2027 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) telah diadakan bermula 19 hingga 20 Mei 2026. Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli (BEASSA), Aras 2, Kementerian Ekonomi ini melibatkan kehadiran dan pembentangan daripada para Pegawai Penyelidik NAHRIM.

Sesi intensif ini diadakan bagi meneliti dan menilai 12 kertas permohonan bajet pembangunan yang dikemukakan oleh NAHRIM untuk tahun 2027. Proses saringan ini amat penting bagi memastikan setiap cadangan projek yang dibentangkan adalah berdaya maju, mempunyai justifikasi yang kukuh, serta memenuhi standard penilaian strategik yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Ekonomi.

Secara keseluruhannya, pemeriksaan bajet ini menjadi platform kritikal dalam memastikan peruntukan kewangan negara disalurkan secara optimum kepada projek penyelidikan air yang berimpak tinggi. Kerjasama erat antara BEASSA dan NAHRIM ini diharapkan dapat memacu pelaksanaan projek pemeliharaan sumber asli dan alam sekitar yang mampan demi kesejahteraan negara.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera