Berita&Aktiviti

SESI LIBAT URUS NAHRIM BERSAMA UNIDO DAN MALAYSIAN BIOECONOMY DEVELOPMENT CORPORATION BAGI PROJEK ADAPTASI PERUBAHAN IKLIM DALAM SEKTOR PENANAMAN PADI – 13 NOVEMBER 2026

Berita&Aktiviti

SESI LIBAT URUS NAHRIM BERSAMA UNIDO DAN MALAYSIAN BIOECONOMY DEVELOPMENT CORPORATION BAGI PROJEK ADAPTASI PERUBAHAN IKLIM DALAM SEKTOR PENANAMAN PADI

13 November 2026 | Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melaui Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim (PKSA) telah menyertai sesi libat urus teknikal (Key Informant Interview) bersama United Nations Industrial Development Organization (UNIDO) dan Malaysian Bioeconomy Development Corporation bagi membincangkan potensi kerjasama dalam projek “Strengthening Climate Resilience and Food Security through South–South Cooperation in Adaptive Rice Production in Malaysia and the Philippines” di bawah Adaptation Fund.

Sesi perbincangan ini memberi tumpuan kepada peranan penyelidikan dan kepakaran teknikal NAHRIM dalam menyokong daya tahan sektor penanaman padi terhadap impak perubahan iklim, khususnya melalui penilaian risiko iklim, analisis hidroiklim, ketersediaan sumber air, pengurusan risiko banjir serta pendekatan penyelesaian berasaskan alam semula jadi (Nature-based Solutions).

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk penggunaan data unjuran perubahan iklim, penilaian keperluan dan keseimbangan sumber air, potensi penggunaan air bawah tanah, isu intrusi air masin serta kesesuaian langkah adaptasi pengurusan air di kawasan penanaman padi terpilih di Kedah dan Kelantan.

Perbincangan turut meneroka potensi penglibatan NAHRIM dalam penyediaan input saintifik, penilaian teknikal dan perkongsian kepakaran bersama agensi berkaitan di Malaysia dan Filipina bagi menyokong pembangunan sistem pertanian yang lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim.

Penglibatan NAHRIM dalam sesi ini mencerminkan komitmen berterusan institut dalam memperkukuh penyelidikan sumber air, menyokong perancangan adaptasi perubahan iklim serta menyumbang kepada usaha meningkatkan keterjaminan makanan dan kelestarian pengurusan sumber air negara.

#NAHRIM

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera