Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 6/2026 bersekali dengan Sambutan Hari Integriti peringkat jabatan pada hari ini. Majlis dimulakan dengan penyampaian amanat oleh Ketua Pengarah NAHRIM, YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, yang menekankan kepentingan pembudayaan integriti, tadbir urus terbaik, serta iltizam warga kerja dalam mengekalkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan penyelidikan air negara.
Dalam majlis yang sama, turut berlangsung acara penyerahan watikah pelantikan menanggung kerja jawatan Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM kepada YBrs. Encik Ismail bin Hj. Tawnie, P.Geol. Sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan modal insan, pihak pengurusan turut meraikan para pegawai NAHRIM yang bergraduasi pada tahun 2026 atas kejayaan mereka menamatkan pengajian lanjutan dalam pelbagai bidang kepakaran, di samping acara sambutan hari lahir bagi warga kerja yang lahir pada bulan Oktober hingga November.
Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini menjadi platform berkesan dalam memperkukuh nilai integriti, menyemarakkan semangat kebersamaan, dan menghargai pencapaian warga kerja. Komitmen berterusan kepimpinan dan seluruh warga NAHRIM ini diharap dapat memacu budaya kerja berprestasi tinggi serta memastikan agensi terus unggul sebagai peneraju penyelidikan air yang berwibawa.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia














