Projek Pembangunan Sistem Rawatan Air Menggunakan Tumbuhan Tanah Bencah Buatan di Kolam Arapaima, Frim, Kepong.
Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengambil langkah kerjasama bagi menjalankan kajian dan pembangunan sebuah sistem rawatan air melalui pembinaan tanah bencah buatan di Kolam Arapaima, FRIM. Rekabentuk tanah bencah buatan jenis aliran permukaan oleh NAHRIM dibuat berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA 2nd Edition, 2012). Pembinaan tanah bencah buatan bertujuan meningkatkan kualiti air kolam melalui kawalan bahan cemar bagi pemerangkapan sedimen, serapan nutrien oleh tumbuhan, penapisan dan sirkulasi air kolam oleh pam. Projek pembinaan dimulakan pada 15 Januari 2021 dan telah siap pada 31 Mei 2021.


