Cadangan Kajian Rekabentuk Tanah Bencah Buatan di Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang, Terengganu.
Cadangan Kajian Rekabentuk Tanah Bencah Buatan Di Pantai Pasir Panjang di Pulau Redang, Terengganu merupakan projek usahasama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan ( JPP).
Tujuan kajian ini dijalankan adalah:
- Kualiti air efluen air kumbahan kesemua STP yang terdapat di Pantai Pasir Panjang, Redang dapat dirawat secara ‘polishing’ untuk memenuhi piawaian kualiti air efluen.
- Menentukan dan mengenal pasti lokasi tapak pembinaan tanah bencah buatan yang efisien dan optimum.
- Mengenal pasti kaedah saliran yang efisien untuk mengumpul semua efluen air kumbahan daripada setiap pengusaha yang terdapat di tapak kajian
- Menyediakan rekabentuk konseptual tanah bencah buatan