Kajian Kemungkinan Projek Pembinaan / Menaiktaraf Bunded Storage Padang Saga, Langkawi Kedah Penilaian Kualiti Air dan Alam Sekitar.
Kajian Kemungkinan Projek Pembinaan / Menaiktaraf Bunded Storage Padang Saga, Langkawi Kedah telah dilaksanakan oleh NAHRIM bermula pada tahun 2020 dan berakhir pada Mei 2021. objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, mengemas kini, menganalisis dan menilai potensi kemampuan air tambahan dari cadangan projek Pembinaan / Peningkatan Bunded Storage Padang Saga dengan kapasiti 300 ML dan untuk mencadangkan strategi yang efisien pelaksanaan untuk meningkatkan ketersediaan sumber air untuk memenuhi permintaan air terawat jangka pendek di Langkawi, Kedah. Salah satu skop kajian adalah menjalankan analisis kualiti air sungai, empangan dan air tanah di sekitar lembangan sungai ulu Melaka, Langkawi.
Kerja-kerja perolehan data dilaksanakan bagi musim hujan dan musim kering. Data dicerap menggunakan kaedah pengukuran In-Situ menggunakan peralatan Multiparameter prob dan juga analisis air yang dijalankan di makmal berakredasi. Seterusnya data-data ini dianalisis bagi menilai tahap kualiti sumber air di sekitar Lembangan sungai Ulu Melaka dan mengenalpasti punca potensi punca pencemaran yang boleh menjejaskan tahap kualiti sumber air tersebut. Kerja-kerja persampelan bagi musim kering telah dijalankan pada bulan Februari 2021 dan Mac 2021. Penilaian pre-EIA dan pre-SIA juga dilaksanakan untuk mengenal pasti persepsi orang awam terhadap cadangan projek dan menilai impak beberapa pilihan projek ke atas alam sekitar dan sosial di samping mencadangkan langkah mitigasi bersesuaian.