Berita&Aktiviti

PRA-MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (JKP) KAJIAN MALAYSIA BLUE ECONOMY BLUEPRINT (MBEB) BIL. 1/2026 – 8 APRIL 2026

Berita&Aktiviti

8 APRIL 2026 | PRA-MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (JKP) KAJIAN MALAYSIA BLUE ECONOMY BLUEPRINT (MBEB) BIL. 1/2026

NAHRIM melalui Pusat Kajian Pantai dan Oseaografi telah menghadiri Pra-Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Kajian Malaysia Blue Economy Blueprint (MBEB) Bil. 1/2026 secara dalam talian. Mesyuarat ini merupakan platform pelbagai pihak berkepentingan bagi membincangkan perkembangan terkini kajian 7 sektor utama Ekonomi Biru negara, merangkumi perikanan, pelancongan maritim, tenaga boleh baharu, bioteknologi marin, dan penyahgaraman dimana NAHRIM sebagai agensi pelaksana bagi inisiatif penyahgaraman tersebut.

Antara perkara yang menjadi tumpuan utama ialah sektor penyahgaraman, iaitu Malaysia kini berada pada kedudukan ke-10 dunia dalam penyelidikan bidang ini. Bagi memastikan Malaysia mampu menyediakan bekalan air yang selamat, mencukupi dan mampan untuk rakyat menjelang 2035, tiga strategi utama telah digariskan iaitu:

  1. Mewujudkan pelan hala tuju nasional
  2. Menjalankan projek perintis di kawasan terpilih
  3. Membangunkan tenaga pakar dan industri tempatan

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera