Berita&Aktiviti

AMALI ANALISIS KUALITI AIR PELAJAR POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA – 8 APRIL 2026

Berita&Aktiviti

8 APRIL 2026 | AMALI ANALISIS KUALITI AIR PELAJAR POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA

Pada 8 April 2026, seramai 29 orang pelajar diploma dan 2 pensyarah pengiring dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau – PMM telah menjalani amali analisis kualiti air di Makmal Kualiti Air, NAHRIM. Amali ini merangkumi ujian Chemical Oxygen Demand (COD) dan Biochemical Oxygen Demand (BOD), termasuk teknik persampelan, analisis serta pentaksiran data.

Program ini bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada pelajar dalam analisis kualiti air menggunakan kemudahan makmal sebenar, sekali gus meningkatkan kefahaman mereka dalam bidang kejuruteraan persekitaran serta mengukuhkan pembelajaran teori di bilik kuliah. NAHRIM sebagai pusat penyelidikan air kebangsaan menyokong pembangunan kapasiti dan peningkatan kemahiran air negara.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#MakmalKualitiAir

#ISO17025

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera