Persidangan Keselamatan Makanan 2026 yang dianjurkan oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC). Bertemakan “Inovasi dan Teknologi Baharu – Cabaran atau Peluang?”, persidangan ini menghimpunkan pembuat dasar, pengilang makanan, ahli akademik, pengamal industri serta pemegang taruh dari seluruh negara untuk berkongsi pengetahuan dan perspektif berkaitan keselamatan makanan.
NAHRIM berbesar hati menerima jemputan daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM untuk menyampaikan pembentangan bertajuk “Mikroplastik: Daripada Penyelidikan kepada Tindakan Proaktif”, yang disampaikan oleh ChM Nor Salmi Abdullah dari Makmal Kualiti Air, NAHRIM. Persidangan ini turut menampilkan 5 ucaptama, 27 pembentangan lisan dan 21 pembentangan poster, dengan kehadiran lebih daripada 200 orang peserta.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia





