Berita&Aktiviti

PERSIAPAN RAPI MyNAP: NAHRIM & PETRA TERUS BERSINERGI – 10 MAC 2026

Berita&Aktiviti

PERSIAPAN RAPI MyNAP: NAHRIM & PETRA TERUS BERSINERGI - 10 MAC 2026

10 Mac 2026 | Delegasi penyelidik NAHRIM telah menghadiri sesi Perbincangan Pra-Mesyuarat Libat Urus Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Sumber Air dan Pantai bagi pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP).

Sesi perbincangan ini telah dianjurkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bertempat di Bilik Mesyuarat Jed, Menara PETRA dan telah dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Sumber Air (SUB BSA) PETRA, Puan Roshana Alma.

Tujuan utama sesi pra-mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaraskan gerak kerja dan membuat persiapan rapi bagi melancarkan Mesyuarat Libat Urus TWG yang dijadualkan berlangsung pada 12 Mac 2026.

Sebagai pakar rujukan teknikal, NAHRIM sentiasa komited bekerjasama rapat dengan Bahagian Sumber Air PETRA dalam merangka dan menyumbang input strategik bagi kelestarian dan adaptasi iklim sektor sumber air serta pantai negara.

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PETRA

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#NAHRIM

#KetuaPengarahNAHRIM

#PengarahPKSA

#PusatKajianSumberAirdanPerubahanIklim

#PKSA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera