Berita&Aktiviti

PEMANTAPAN TADBIR URUS ASET: LAWATAN AUDIT PETRA KE MAKMAL KUALITI AIR NAHRIM – 10 MAC 2026

Berita&Aktiviti

10 MAC 2026 | PEMANTAPAN TADBIR URUS ASET: LAWATAN AUDIT PETRA KE MAKMAL KUALITI AIR NAHRIM

Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM hari ini telah menerima lawatan audit aset daripada wakil Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Encik Zahari bin Hussain dari Bahagian Akaun. Lawatan ini merupakan prosedur penting bagi menjalankan semakan berkala serta pengesahan fizikal terhadap semua aset dan peralatan penyelidikan di MKA.

Sepanjang sesi audit berlangsung, pemeriksaan teliti telah dilakukan bagi memastikan setiap peralatan direkodkan secara tepat, berada dalam keadaan optimum, serta berfungsi sepenuhnya. Langkah ini sangat kritikal bagi memastikan pengurusan aset di NAHRIM dilaksanakan secara sistematik, telus, dan mematuhi garis panduan perbendaharaan yang telah ditetapkan.

Komitmen ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan NAHRIM dalam mengekalkan tahap integriti yang tinggi, sekaligus memastikan kelancaran aktiviti analisis kualiti air bagi menyokong agenda kelestarian air negara.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera