Berita&Aktiviti

NAHRIM MENYERTAI DELEGASI PETRA DI PROGRAM MADANI RAKYAT 2026 PERAK – 3 APRIL 2026

Berita&Aktiviti

NAHRIM MENYERTAI DELEGASI PETRA DI PROGRAM MADANI RAKYAT 2026 PERAK

Hello Perak!

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) kini berada di Program Madani Rakyat (PMR) 2026 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh!

Sebagai sebahagian daripada delegasi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), NAHRIM bersama rakan-rakan agensi lain seperti ST, SEDA, TNB, IWK, dan SPAN tampil membawa perkhidmatan dan inovasi penyelidikan terus kepada rakyat.

Antara tarikan utama di reruai kami:

Inovasi SPAH: Kenali sistem penuaian air hujan sebagai sumber air alternatif (Raindrops & Cloudrain).

Konsultasi Teknikal: Pakar kami sedia menjawab persoalan anda mengenai kualiti dan pengurusan sumber air.

Terima kasih kepada pengunjung—termasuk rakan-rakan daripada pasukan BOMBA—yang singgah bertukar pendapat dan mendapatkan maklumat. Mari manfaatkan program ini untuk memahami lebih dekat usaha transformasi air dan tenaga negara!

 

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera

#pmr2026