Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah PKKAAS, Gs. Hj. Khairul Anam Musa, dan diadakan pada jam 3.00 petang di Bilik Perbincangan PKKAAS. Beberapa perkara telah dibincangkan, khususnya berkaitan pembahagian tugas serta gerak kerja teknikal pusat kajian bagi setiap pegawai sepanjang tempoh pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk pegawai yang layak, selaras dengan Surat Edaran Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi Perkhidmatan Awam berikutan konflik di Asia Barat. Selain itu, penerangan mengenai penggunaan serta tatacara SPOT-Me yang betul turut disampaikan oleh Setiausaha Pejabat PKKAAS, Pn. Aziazwa Jais. Sebagai penutup perbincangan, Pengarah PKKAAS menegaskan kepentingan komitmen dan kerjasama semua warga kerja dalam memastikan kelancaran pelaksanaan tugasan serta pematuhan terhadap garis panduan BDR demi mencapai objektif pusat kajian secara berkesan.
Disediakan Oleh: PKKAAS
#pusatkajiankualitiairdanalamsekitar
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia



