Makmal Kualiti Air (MKA) telah mengadakan Mesyuarat ISO 17025 Bil. 1/2026 di Bilik Mesyuarat ISO, MKA. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Noor Hisham Ab. Ghani, Pengarah MKA dan memfokuskan kepada agenda berikut:
a) Struktur Organisasi: Pembentangan perubahan Carta Organisasi ISO serta penyelarasan pengurusan pentadbiran dan aktiviti makmal.
b) Klausa 8.9.2 (Kajian Semula Pengurusan): Perbincangan menyeluruh mengenai pematuhan klausa, khususnya pencapaian Objektif Kualiti dan Dasar Kualiti makmal bagi tempoh sehingga April 2026.
c) Perancangan Audit & Mesyuarat: Persediaan rapi bagi Audit Dalaman (11 – 12 Mei 2026) dan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MRM) Bil. 1/2026 yang dijadualkan pada Jun 2026.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia


