NOTIS PEROLEHAN SEBUT HARGA:
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM PENCAHAYAAN LAMPU LED HIGH BAY DI DALAM MAKMAL HIDRAULIK DAN INSTRUMENTASI (MHI)
Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor tempatan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia di bawah Gred G2 (Negeri Selangor sahaja) dengan pengkhususan E11 – Kerja Am Elektrik serta mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) Salinan Sijil Pendaftaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran.
Kontraktor yang berminat adalah DIWAJIBKAN menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak seperti yang dinyatakan.
Pegawai yang menandatangani Borang Sebut Harga hendaklah Pegawai Syarikat Yang Ditauliahkan seperti yang dinyatakan dalam Sijil Pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor.
Dokumen tawaran sebut harga akan diemelkan selepas taklimat dan lawatan tapak pada 20 April 2026. Dokumen tawaran sebut harga akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor sah sahaja.
Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan SEBELUM ATAU PADA 27 APRIL 2026 (ISNIN), TIDAK LEWAT JAM 12.00 TENGAH HARI.
Hanya penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan, Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) atau Sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Malaysia yang boleh menghadiri taklimat sebut harga dan tidak boleh mewakilkan pegawai lain. Kontraktor yang telah mendapat Kebenaran Khas daripada pihak CIDB hendaklah mengemukakan sesalinan Kebenaran Khas pada sesi taklimat. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini dikehendaki membawa Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Akuan Pendaftaran yang berkaitan semasa taklimat.