Berita&Aktiviti

MESYUARAT PEMBENTANGAN DAN KOLABORASI STRATEGIK PENGGUNAAN MESIN MULTIFUNCTION WATER PURIFICATION DEVICE (MWPD) ANTARA NAHRIM, ORS TECHNOLOGIES DAN KOREAN ENTECH – 13 MEI 2026

Berita&Aktiviti

MESYUARAT PEMBENTANGAN DAN KOLABORASI STRATEGIK PENGGUNAAN MESIN MULTIFUNCTION WATER PURIFICATION DEVICE (MWPD) ANTARA NAHRIM, ORS TECHNOLOGIES DAN KOREAN ENTECH

Satu mesyuarat telah diadakan di bilik mesyuarat PKKAAS, NAHRIM bagi membincangkan potensi kolaborasi strategik di antara tiga agensi iaitu Pusat Kajian Kualiti Air & Alam Sekitar (PKKAAS), NAHRIM, ORS Technologies, dan Korean Entech. Perbincangan memfokuskan kepada penggunaan mesin Multifunction Water Purification Device (MWPD) bagi menangani isu pertumbuhan alga di kolam takungan air mahupun tasik melalui protokol rawatan yang merangkumi penyingkiran awal alga, aplikasi bahan kimia seperti mineral maerl, dan pengoperasian mesin tersebut sebagai langkah pembersihan utama. Mesin yang dibina daripada material Korean standard (KS) designation for 304 stainless steel (STS304) dan High-Density Polyethylene (HDPE) ini berfungsi secara holistik dengan mencipta aliran di permukaan air serta mempunyai keupayaan untuk mencampurkan air yang berada di permukaan dengan air di bahagian dalam bagi menghalang pembiakan alga (algae bloom). Selain itu, ia bertindak sebagai penjana aliran dan pencegah stratifikasi di tasik, takungan dan empangan.

Mesyuarat turut memperincikan bahawa mesin ini hadir dalam empat jenis model dan saiz yang berbeza mengikut skala kawasan rawatan bagi memastikan kecekapan operasi yang optimum. Besar harapan agar kerjasama dalam menerokai penggunaan mesin secara holistik dan membawa kepada pembangunan negara dan rawatan ke arah sumber air bersih yang lebih dinamik. Semua pihak menyatakan harapan agar cadangan kolaborasi teknikal ini dapat direalisasikan sebagai projek rintis, sekaligus membuka ruang kepada pemindahan teknologi pakar antara negara Korea dan juga agensi tempatan demi pemerkasaan pengurusan serta pemuliharaan kualiti air yang lebih mampan dan holistik.

Disediakan Oleh: PKKAAS, NAHRIM

#MultifunctionWaterPurificationDevice

#RawatanAir

#KualitiAir

#PemuliharaanAir

#PengurusanAir

#SumberAirBersih

#TeknologiAir

#AlgaeBloom

#RawatanTasik

#KolamTakungan

#KelestarianAir

#PembangunanMampan

#KerjasamaStrategik

#WaterPurification

#WaterTreatment

#EnvironmentalEngineering

#SustainableWaterManagement

#CleanWaterSolutions

#ORSTechnologies

#KoreanEntech

#unitkomunikasikorporatpkkaas

#pusatkajiankualitiairdanalamsekitar

#halatuju

#pengurusan

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI