Berita&Aktiviti

PENEROKAAN TEKNOLOGI SATELIT: SINERGI STRATEGIK NAHRIM & SPACEIN – 26 FEBRUARI 2026

Berita&Aktiviti

PENEROKAAN TEKNOLOGI SATELIT: SINERGI STRATEGIK NAHRIM & SPACEIN - 26 FEBRUARI 2026

26 FEBRUARI 2026 | PENEROKAAN TEKNOLOGI SATELIT: SINERGI STRATEGIK NAHRIM & SPACEIN

NAHRIM telah mengadakan mesyuarat dan perbincangan awalan bersama SpaceIN, sebuah agensi daripada Universiti Sains Malaysia, bagi meneroka potensi Penyelidikan Teknologi Satelit. Mesyuarat yang berlangsung pada 26 Februari 2026 (Khamis) ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari Hj. Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM.

SpaceIN merupakan bukti keupayaan bakat tempatan, yang diterajui oleh kumpulan pakar akademik dan jurutera. Mereka membawa misi penting untuk membuktikan bahawa Malaysia mampu membina teknologi angkasa dengan kos yang lebih rendah dan efisien. Kerjasama ini dijangka bakal membuka ruang inovasi baharu dalam pemantauan serta pengurusan sumber air melalui aplikasi data satelit yang lebih tepat dan terkini.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada kedaulatan teknologi tempatan dalam mendepani cabaran perubahan iklim dan keselamatan air negara.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera

profile penyelidikan
oacp