26 FEBRUARI 2026 | OPERASI PENGAMBILAN SEMULA PERALATAN UKUR OMBAK DAN ARUS (AWAC) DI PERAIRAN PANTAI DESARU, JOHOR TIMUR
NAHRIM melalui Pusat Kajian Pantai & Oseanografi (PKPO) terus memperkukuh peranan strategik sebagai agensi tunggal Pembekal Data Arus Negara dengan kejayaan operasi pengambilan semula peralatan Ukur Ombak dan Arus (AWAC) yang telah mencerap data secara berterusan selama 7 bulan (Julai 2025 – Februari 2026) di perairan pantai Desaru, Johor Timur.
Instrumen ini merupakan komponen penting dalam rangkaian pemantauan marin jangka panjang negara yang merekod parameter ombak dan arus berketepatan tinggi bagi menyokong kajian kenaikan aras laut, kejuruteraan pantai, keselamatan pelayaran serta pembangunan model hidrodinamik nasional. Data bernilai strategik yang diperoleh bukan sahaja memperkukuh analisis saintifik dan perancangan infrastruktur pesisir, malah menjadi asas kepada pembangunan Digital Twin Marin Malaysia serta migrasi carta pelayaran ke arah sistem digital yang lebih dinamik dan responsif.
Komitmen berterusan ini mencerminkan keupayaan teknikal dan kesungguhan NAHRIM dalam menyediakan data sahih, terkini dan berintegriti tinggi demi kepentingan negara, komuniti pesisir dan kemampanan ekonomi maritim.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia









