Berita&Aktiviti

NAHRIM MENYERTAI LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT PROJEK TEBATAN BANJIR JPS PULAU PINANG – 8 JANUARI 2026

Berita&Aktiviti

NAHRIM MENYERTAI LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT PROJEK TEBATAN BANJIR JPS PULAU PINANG – 8 JANUARI 2026

8 Januari 2026 | Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menyertai sesi lawatan tapak dan taklimat Projek Tebatan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang di Solok Van Praagh. Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Dato Rodzwan Bin Mohd Baba, Timbalan Ketua Setiausaha (AIR), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau status kemajuan projek yang dirancang bagi mengatasi masalah banjir kilat yang merupakan salah satu inisiatif kritikal kerajaan dalam menangani isu banjir kilat di daerah Timur Laut.. Ia melibatkan sistem saliran baharu seperti ‘diversion drain’ di Jalan Hamilton dan Taman Solok Van Praagh untuk melancarkan aliran air ke Sungai Jelutong. Projek ini dijangka akan memberikan impak positif yang signifikan kepada kesejahteraan penduduk di kawasan hotspot banjir seperti Solok Van Praagh dan Jalan Sir Ibrahim.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#NAHRIM #RainwaterHarvesting #WaterInnovation #SustainableWater #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#rainwater

profile penyelidikan
oacp