Berita&Aktiviti

NAHRIM MENYERTAI MESYUARAT PERBINCANGAN HALA TUJU PELAN ADAPTASI KEBANGSAAN (MyNAP) – 8 JANUARI 2026

Berita&Aktiviti

NAHRIM MENYERTAI MESYUARAT PERBINCANGAN HALA TUJU PELAN ADAPTASI KEBANGSAAN (MyNAP) – 8 JANUARI 2026

PUTRAJAYA, 8 Januari 2026 – NAHRIM petang ini telah menyertai Mesyuarat Perbincangan Hala Tuju Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) yang diadakan di Bahagian Perubahan Iklim (BPI), NRES.

Sesi yang dipengerusikan oleh SUB BPI ini memfokuskan kepada pemerkasaan tadbir urus dan hala tuju pelaksanaan dokumen MyNAP. Perbincangan turut melibatkan penyelarasan gerak kerja strategik bersama Unit Pelaksanaan Projek (PIU) dan GIZ Malaysia, khususnya bagi merangka program-program adaptasi yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

NAHRIM komited memberikan input teknikal bagi memastikan agenda adaptasi perubahan iklim negara mencapai objektifnya.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

profile penyelidikan
oacp