Mesyuarat Pengurusan Pusat Kajian Lembangan Sungai (PKLS) NAHRIM Bil. 2/2026 telah diadakan pada 3 April 2026 yang dipengerusikan oleh Dr. Mohd Aminur Rashid Mohd Amiruddin Arumugam dengan kehadiran warga PKLS. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk hala tuju projek penyelidikan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13), Rancangan Pembangunan (RP) 1, serta pengukuhan inventori data sungai (State of the River). Mesyuarat turut membincangkan pelaksanaan program dan aktiviti semasa seperti perancangan seminar dan pengumpulan data projek bagi perancangan strategik dalam pengurusan data lembangan sungai ke arah pengurusan sumber air yang lebih mampan dan berkesan.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia


