6 Januari 2026 | Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menerima lawatan akademik dari Institute for Mathematical Research (INSPEM), UPM yang diketuai oleh pengarahnya, Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali. Turut serta Dr. Usama Kadri dari Universiti Cardiff yang sedang menjalani program sangkutan di INSPEM.
Lawatan ini bertujuan untuk sesi perkongsian ilmu dan meneroka potensi kerjasama dalam penyelidikan Gelombang Graviti Akustik serta membangunkan system ramalan tsunami di Malaysia. Rombongan dari INSPEM turut dibawa melawat fasiliti pemodelan fizikal di Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI). Semoga lawatan ini merancakkan lagi aktiviti penyelidikan dan Pembangunan di NAHRIM.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan lawatan ini.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#NAHRIM #WaterInnovation #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia








