6 Januari 2026 | Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menerima lawatan akademik dari SMK Felda Purun, Bandar Bera, Pahang yang terdiri daripada seorang guru dan sembilan (9) orang murid.
Antara pengisian utama program ialah:
• Taklimat korporat NAHRIM
• Lawatan ke Inkubator Pemprosesan Air Hujan
• Lawatan ke Loji Rawatan Air Hibrid
• Lawatan ke Fasiliti Pemodelan Fizikal, Makmal Hidraulik & Instrumentasi
Lawatan ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh NAHRIM, sumber air alternatif serta teknologi terkini dalam rawatan dan pemprosesan air hujan. Semoga program ini menjadi pendorong dalam usaha para murid untuk menjayakan projek inovasi sekolah untuk sumber air alternatif menggunakan air hujan
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.






