Hari ini merupakan hari terakhir buat Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) di Program Madani Rakyat (PMR) 2026 Peringkat Negeri Perak! Perak sememangnya “meriah” dengan kehadiran ribuan pengunjung yang membanjiri Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh sejak hari pertama lagi.
Kemuncak program pada hari ini adalah Majlis Perasmian PMR 2026 Perak yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Majlis penuh bermakna ini turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari Hj. Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM, bagi menyatakan sokongan padu terhadap agenda pembangunan komuniti dan kelestarian negara.
Terima kasih warga Perak atas sambutan luar biasa! Syabas juga kepada seluruh pasukan petugas PETRA—NAHRIM, ST, SEDA, TNB, IWK, dan SPAN—yang komited memberikan perkhidmatan terbaik. Jumpa lagi di destinasi PMR akan datang!
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia





