Berita&Aktiviti

MESYUARAT PENYELARASAN KEBOLEHLAKSANAAN KAJIAN NATURE-BASED SOLUTION (NBS) – 11 MEI 2026

Berita&Aktiviti

MESYUARAT PENYELARASAN KEBOLEHLAKSANAAN KAJIAN NATURE-BASED SOLUTION (NBS)

Mesyuarat Penyelarasan Kebolehlaksanaan Kajian Nature-Based Solution (NBS) telah diadakan pada 11 Mei 2026 di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang diketuai oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM Menanggung Kerja Jawatan Ketua Pengarah.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Timbalan Duta Belanda ke Malaysia, Mr. Pieter Blussé, bagi membincangkan cadangan kerjasama strategik dalam pelaksanaan projek berasaskan Nature-Based Solution (NBS) di Lembangan Sungai Bernam. Perbincangan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama dua hala serta menyokong pembangunan pengurusan sumber air yang lebih mampan, berdaya tahan dan mesra alam selaras dengan agenda kelestarian negara.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera