Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah NAHRIM Bil. 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya, dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA. Turut hadir ialah Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah menanggung tugas Ketua Pengarah NAHRIM, bersama barisan Pengarah dan pegawai-pegawai kanan agensi.
Fokus utama mesyuarat adalah untuk menyemak prestasi kewangan, status pelaksanaan projek penyelidikan, serta memastikan tadbir urus dana akaun amanah dilakukan secara telus dan efisien. Perbincangan ini penting bagi memastikan setiap peruntukan digunakan secara optimum demi memacu inovasi dalam sektor pengurusan air negara.



