YBhg. Dato’ Ir. Dr. Nasehir Khan E.M. Yahaya Ketua Pengarah NAHRIM (T) bermesyuarat membincangkan titah oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong mengenai persediaan sumber air di kawasan tumpuan industri di bahagian selatan negeri Johor yang dilihat semakin kritikal dengan kejadian penutupan 3 Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Johor yg juga menyebabkan penyaluran air ke Singapura terjejas.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil-wakil Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, UPEN Johor, Badan Kawalselia Air Johor – BAKAJ, Ranhill SAJ dan Jabatan Bekalan Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia





