2 DISEMBER 2025 | Mesyuarat Kajian Semula (Management Review Meeting- MRM) MS ISO 17025:20217 Bil 2/2025.
Mesyuarat ini adalah platform bagi membentangkan dan membincangkan pencapaian keseluruhan Makmal Kualiti Air (MKA) dari aspek pengurusan kualiti dan teknikal MS ISO/ IEC 17025 kepada pihak pengurusan atasan NAHRIM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ts. Ir. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, Pengarah PKLS dan turut dihadiri oleh pegawai – pegawai Makmal Kualiti Air dan wakil dari Bahagian Khidmat Pengurusan. Pembentangan MRM telah disampaikan oleh Ts. ChM Norbaya Hashim, Pengarah (T) MKA selaku Quality Manager MKA.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia




