Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELIDIKAN UNESCO-IHP MALAYSIA

Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELIDIKAN UNESCO-IHP MALAYSIA
Jawatankuasa Penyelidikan (JK Penyelidikan) telah mengadakan Mesyuarat Pertama bagi Sesi 2025–2027 di NAHRIM secara hibrid. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh PGeol. Dr. Mohd Khairul Nizar bin Shamsudin, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan UNESCO-IHP Malaysia, dan telah dihadiri oleh seramai 58 orang wakil daripada pelbagai universiti, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang merupakan rakan kerjasama UNESCO-IHP Malaysia.
Mesyuarat ini menekankan peranan penting JK Penyelidikan sebagai ‘one-stop centre’ bagi penyelidik dan orang awam dalam bidang sumber air dan hidrologi. Pelbagai aktiviti dan program telah dikenal pasti untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.
Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi manfaat kepada semua pihak.
profile penyelidikan
oacp