Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN, PELABURAN, KONSERVASI DAN PERBANDARAN PERBADANAN KEMAJUAN CAMERON HIGHLANDS (PKCH) BIL. 3/2025

Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN, PELABURAN, KONSERVASI DAN PERBANDARAN PERBADANAN KEMAJUAN CAMERON HIGHLANDS (PKCH) BIL. 3/2025
NAHRIM melalui Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai (PKLS) bersama Dr. Mohd Aminur Rashid bin Mohd Amiruddin Arumugam telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan, Pelaburan, Konservasi dan Perbandaran Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH) Bil. 3/2025 yang dipengerusikan oleh Encik Wan Muhammad Najib bin Wan Ab Karim, PSK., Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah, Kementerian Ekonomi pada 4 November 2025 bertempat di Zenith Hotel, Cameron Highlands. Dalam mesyuarat tersebut, NAHRIM telah membentangkan cadangan penggunaan NAHRIM Environmental Dredging System (NEDS) bagi membantu meningkatkan kualiti air sungai di Cameron Highlands sebagai usaha menyokong agenda pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan negara.
Disediakan oleh PKLS NAHRIM
profile penyelidikan
oacp