Berita&Aktiviti

MAJLIS APRESIASI JASAMU DIKENANG SEMPENA PERSARAAN KETUA PENGARAH NAHRIM

Berita&Aktiviti

Seluruh warga NAHRIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan, khidmat dan jasa yang telah dicurahkan oleh YBhg. Dato’ Ir. Mohd Zaki bin Mat Amin, Ketua Pengarah NAHRIM yang telah menabur bakti selama lebih 30 tahun di dalam perkhidmatan awam.
Sepanjang perkhidmatan, Dato’ Ir. Mohd Zaki dikenali sebagai seorang pemimpin yang berintegriti, komited dan sentiasa menjunjung prinsip tadbir urus terbaik dalam memartabatkan nilai integriti penyelidikan di NAHRIM. Segala nasihat dan panduan yang diberikan oleh Dato’ Ketua Pengarah adalah amat dihargai dan akan tetap tersemat di hati dan sanubari kami.
Semoga Dato’ Ir. Mohd Zaki dan keluarga sentiasa di dalam perlindungan ALLAH swt, dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik. Selamat menyambut ulang tahun dan selamat menempuh alam persaraan diucapkan dari seluruh warga NAHRIM.
Sesi waktu keluar Dato’ Ir. Mohd Zaki menandakan detik bersejarah dalam perjalanan kerjaya beliau yang menamatkan perkhidmatannya secara rasmi pada 11 November 2025. Beliau telah memulakan perkhidmatan sebagak Jurutera Awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia pada 1 April 1993. Kemudian beliau ditempatkan secara pertukaran sementara di NAHRIM untuk tempoh 2003 – 2007. Beliau kembali semula ke NAHRIM pada tahun 2009 dan seterusnya dilantik sebagai sebagai Timbalan Ketua Pengarah pada tahun 2019 selanjutnya sebagai Ketua Pengarah NAHRIM pada tahun 2023.
profile penyelidikan
oacp