Berita&Aktiviti

SESI PRE-COUNCIL BAGI PEMERIKSAAN BAJET ROLLING PLAN KEDUA (RP2) TAHUN 2027, RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (RMKe-13) – 12 MEI 2026

Berita&Aktiviti

SESI PRE-COUNCIL BAGI PEMERIKSAAN BAJET ROLLING PLAN KEDUA (RP2) TAHUN 2027, RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (RMKe-13)
Satu sesi Pre-Council bagi Pemeriksaan Bajet Rolling Plan Kedua (RP2) Tahun 2027 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) telah diadakan hari ini. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah menanggung tugas Ketua Pengarah NAHRIM, dengan kehadiran barisan Pengarah Bahagian serta pegawai-pegawai teknikal yang terlibat.
Tujuan utama sesi ini adalah untuk meneliti dan memperhalusi cadangan permohonan bajet bagi memastikan setiap projek penyelidikan dan pembangunan infrastruktur air selaras dengan hala tuju strategik RMKe-13. Perbincangan ini memberi penekanan kepada keutamaan projek, impak kepada rakyat, serta kecekapan pengurusan sumber kewangan bagi tahun 2027.