Berita&Aktiviti

MENANGANI ANCAMAN MIKROPLASTIK: NAHRIM TERUS MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA KKM – 26 JANUARI 2026

Berita&Aktiviti

MENANGANI ANCAMAN MIKROPLASTIK: NAHRIM TERUS MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA KKM - 26 JANUARI 2026

26 JANUARI 2026 | MENANGANI ANCAMAN MIKROPLASTIK: NAHRIM TERUS MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA KKM

Pada 26 Januari 2026, Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM telah membentangkan hasil Kajian Keperluan dan Kebolehlaksanaan (Feasibility Study) Penyelidikan Mikroplastik di Lembangan Sungai Terpilih.

Kajian ini merupakan langkah proaktif dalam memantau bahan pencemar baharu (emerging pollutants) demi kelestarian sumber air negara.

Lokasi Fokus Kajian:

  • Lembangan Sungai Muda & Lembangan Sungai Perak.
  • Empat (4) Loji Rawatan Air (LRA) terpilih di Kedah dan Perak.

Sesi ini dihadiri oleh:

  • Pn. Bariah Bakri, Timbalan Pengarah Kanan, BPK KKM.
  • Dr. Rohaida Ismail, Ketua Pusat Penyelidikan Kesihatan Alam Sekitar, NIH.
  • Pegawai Kanan Sektor Kejuruteraan Kesihatan Umum BPK KKM & Pegawai Kesihatan Negeri (Perak, Kedah, N. Sembilan).
  • Pasukan Penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
  • Pasukan Penyelidik MKA NAHRIM yang diketuai oleh ChM. Nor Salmi Abdullah.

Melalui kolaborasi ini, NAHRIM komited memperkasakan perkongsian data teknikal serta mengukuhkan peranan sebagai Pusat Pakar Rujuk bagi penyelidikan mikroplastik di Malaysia.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera

#KualitiAir

#Mikroplastik

profile penyelidikan
oacp