𝟐𝟎 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | Delegasi penyelidik NAHRIM telah menghadiri satu sesi perbincangan awal yang amat bermakna bersama pihak PETRONAS bertempat di Menara 1, KLCC.
Dalam pertemuan ini, delegasi NAHRIM diwakili oleh barisan penyelidik turut dihadiri oleh wakil dari PETRONAS iaitu Dr. Radin Diana R. Ahmad dan Ts. Fazrun B Zaini.
Pertemuan strategik ini memfokuskan kepada usaha memperkukuh daya tahan iklim (climate resilience) sektor korporat negara. Antara agenda utama yang telah dibincangkan merangkumi:
Sinergi merentas sektor antara agensi penyelidikan kerajaan dan peneraju industri ini membuktikan komitmen jitu kita bersama dalam membina masa hadapan Malaysia yang lebih lestari dan berdaya tahan terhadap ancaman perubahan iklim global.

