Berita&Aktiviti

KERJA-KERJA PEMBINAAN LOJI PENYAHGARAMAN AIR MARIN BAGI POS KESELAMATAN ESSCOM PULAU BERHALA, SANDAKAN, SABAH

Berita&Aktiviti

KERJA-KERJA PEMBINAAN LOJI PENYAHGARAMAN AIR MARIN BAGI POS KESELAMATAN ESSCOM PULAU BERHALA, SANDAKAN, SABAH

Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor tempatan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia di bawah Gred G4 (Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri Sabah sahaja) pengkhususan Bidang Kerja Kejuruteraan Awam (CE) dengan sub-bidang: Sistem Bekalan Air (CE20) ATAU Pembinaan Kejuruteraan Awam (CE21) ATAU Pemasangan Kelengkapan Loji (Loji Pembersih Air) (ME19), serta mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) atau Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA). Salinan Sijil Pendaftaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran.

Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN

dan akan diadakan pada ketetapan seperti
berikut:
Tarikh : 23 April 2026 (Khamis)
Masa : 10.30 Pagi
Tempat berkumpul : Bilik Aktiviti

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Sabah, Beg Berkunci No. 2063, Jalan UMS
88400 Kota Kinabalu, Sabah

Hanya penama di dalam Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA), Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan, Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) atau Sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Malaysia yang boleh menghadiri taklimat sebut harga dan tidak boleh mewakilkan pegawai lain. Kontraktor yang telah mendapat Kebenaran Khas daripada pihak CIDB hendaklah mengemukakan sesalinan Kebenaran Khas pada sesi taklimat. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini dikehendaki membawa Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Akuan Pendaftaran yang berkaitan semasa taklimat.

Pegawai yang menandatangani Borang Sebut Harga hendaklah Pegawai Syarikat Yang Ditauliahkan seperti yang dinyatakan dalam Sijil Pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor.

Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui Pos Berdaftar (Pos Malaysia) atau secara serahan tangan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan SEBELUM ATAU PADA 30 APRIL 2026 (KHAMIS), TIDAK LEWAT JAM 12.00 TENGAH HARI.