Salah satu lokasi persinggahan Jelajah PETRA Skuad Sarawak adalah di tapak Projek NRW Nasional di Stesen Pam Penggalak Sungai Lumut, Kuching.
Semasa lawatan YAB Dato’ Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, turut diadakan Majlis Penyerahan Projek Siap sebagai simbol komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh sistem bekalan air dan mengurangkan kadar NRW.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik Kerajaan dalam mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) yang merangkumi penggantian meter SIV, meter pengguna, penambahbaikan sistem kawalan tangki, serta pemantauan berasaskan data (GIS).
Penyerahan ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kecekapan sistem bekalan air serta memastikan perkhidmatan yang lebih mampan, berdaya tahan dan berkualiti kepada rakyat.
Turut bersama, YBrs. Ir. Ts. Anita binti Mohamed Shafie, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air yang sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaan inisiatif sektor air berjalan lancar.
Semoga inisiatif ini terus memberi impak positif dalam memperkukuh sektor air negara.





