Berita&Aktiviti

TINJAUAN TAPAK BERPOTENSI UNTUK PROGRAM PERINTIS BIOKOMPOSTER TEKNOLOGI TEMPATAN – 13 APRIL 2026

Berita&Aktiviti

TINJAUAN TAPAK BERPOTENSI UNTUK PROGRAM PERINTIS BIOKOMPOSTER TEKNOLOGI TEMPATAN

Tinjauan tapak bagi penilaian lokasi berpotensi untuk pelaksanaan Program Perintis Biokomposter Teknologi Tempatan telah diadakan di enam (6) lokasi di bawah pihak majlis perbandaran seperti berikut:

8 April 2026 – Laman Selera Bandar Warisan dan Medan Selera Dataran Jalan Pahang, di Kuala Kubu Bharu

9 April 2026 – Medan Selera Seksyen 16 dan Medan Selera Seksyen 13, Bdr. Baru Bangi, Kajang) serta Gerai MPKL Sg. Jarom, Jenjarom

13 April 2026 – Medan Selera MPS Taman Greenwood

Tinjauan tapak dan perbincangan tinjauan ini telah melibatkan beberapa agensi kerajaan dan tempatan iaitu Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Kuala Langat, dan Majlis Perbandaran Selayang.

Lawatan kerjasama strategik ini bertujuan untuk meninjau kesesuaian lokasi bagi penilaian kesesuaian tapak pelaksanaan Program Perintis Biokomposter teknologi hijau tempatan yang bakal memberi impak positif kepada kelestarian alam sekitar setempat. Ia juga merupakan langkah awal yang proaktif dalam memartabatkan teknologi kitar semula sisa organik (sisa makanan) kepada bio-organik penggalak tanah, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sampah serta baja import.

Semoga inisiatif ini menjadi penanda aras baharu ke arah pembangunan bandar lestari di Malaysia.

Disediakan Oleh: PKKAAS, NAHRIM

#LestariAlam

#BioComposter

#NAHRIM

#JKT

#MajlisPerbandaranHuluSelangor

#MajlisPerbandaranKajang

#MajlisPerbandaranKualaLangat

#MajlisPerbandaranSelayang

#TeknologiHijau

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera