Hari RDCI NAHRIM 2025
Majlis Perasmian Hari RDCI NAHRIM Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Mohd Zaki bin Mat Amin, Ketua Pengarah NAHRIM pada 10 November 2025 di Auditorium NAHRIM. Bersempena majlis tersebut, turut berlangsung Sesi Perkongsian Ilmu NAHRIM yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Tokoh Kejuruteraan Negara 2025 bertajuk Sembang Kembara Dunia “Pelestarian Air dalam Kerangka MADANI”. Selanjutnya sesi pembentangan teknikal berkaitan hasil penyelidikan pusat kajian, bahagian dan makmal NAHRIM telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai penyelidik NAHRIM.
Program turut berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 300 pelawat ke reruai pameran RDCI, lawatan berpandu dan lawatan terbuka NAHRIM pada hari pertama. Terima kasih atas kehadiran para pelawat dari pelbagai pihak kementerian, jabatan dan agensi persekutuan serta negeri, pihak berkuasa tempatan, akademik, industri, orang awam serta sepuluh sekolah sekitar Putrajaya.



















