Berita&Aktiviti

LAWATAN TEKNIKAL DAN MESYUARAT DELEGASI JEPUN KE NAHRIM – 8 SEPTEMBER 2026

Berita&Aktiviti

LAWATAN TEKNIKAL DAN MESYUARAT DELEGASI JEPUN KE NAHRIM

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menerima lawatan teknikal serta mengadakan mesyuarat strategik bersama delegasi dari Jepun. Pertemuan ini dihadiri oleh wakil Kedutaan Jepun di Malaysia serta barisan pakar dari University of Tsukuba, Malaysia (UTMy) dan University of Tsukuba bersama- sama dengan wakil dari Kedutaan Jepun yang diketuai oleh Prof. Dr. Maki Tsujimura. Delegasi NAHRIM pula diketuai oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa (Timbalan Ketua Pengarah menanggung tugas Ketua Pengarah) bersama barisan pengarah pusat kajian dan makmal.

Sesi perbincangan berfokus kepada susulan inisiatif berkaitan bidang Sabo (pengurusan dan pencegahan bencana sedimen) di Malaysia. Ia turut melibatkan pembentangan penyelidikan oleh Prof. Dr. Taro Uchida—pakar terkemuka bidang Sabo yang pernah menjadi penceramah webinar NAHRIM pada tahun 2022. Sesi ini menjadi platform pertukaran pandangan mengenai peluang kerjasama baharu yang berpotensi dijadikan projek konkrit di bawah Memorandum Kerjasama (MoC) antara Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan Ministry of Land, Infrastructure, Transport and Tourism (MLIT) Jepun.

Secara keseluruhannya, lawatan teknikal dan mesyuarat ini membuka ruang kukuh dalam memperkasakan sinergi kepakaran sains air, pengurusan risiko bencana sedimen, dan penyelidikan rentas negara. Langkah proaktif ini diharap dapat memperkukuh jaringan kolaborasi strategik antara Malaysia dan Jepun demi pemindahan teknologi serta pembangunan infrastruktur yang mampan pada masa hadapan.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera